Saturday, March 12, 2011

mimpi&gemuk

Ok saya faham
Mimpi mainan tidur
Mimpi jugak kadang2 boleh jadi ilham
Dan kadang2 boleh jadi permainan syaitan
Banyak pendapat pasai mimpi kan?
Ada jugak yang kata time mimpi tu
Roh kita tengah berjalan2
So jangan gerak org tengah tidoq mengejut
Takut nanti roh tak dan masuk dalam badan
Tak pasai ja arwah
Ntah la betui ka dak..

Tapi yang pasti
Tidur tu sebahagian dari mati
Allah bagi kita rasa sat mati tu macam mana sbl betul2 malaikat izrail mai tarik nyawa
Istigfar byk2,mintak maaf dan maafkan jgk orang lain sbl kita tidoq
Mana tau
Kot tak bangun dah ka esok
Sobs...

Tapi kan minggu ni
Selalu mimpi yang penat tau
Sampai bila tejaga pun penat lagi
Mimpi tengah marah orang la
Mimpi kena ligan la
Mimpi lari merentas negara la (negara ok!!)
Mimpi pi pujuk orang la
Penat tau!
Dah terjaga boleh penat lagi
Ke memang lari sungguh time tidoq tu??
Erkkk??
Saya basuh kaki,baca doa semua dah sbl tidoq tu..

Eh tapi kan
kalau lari dalam mimpi pastu boleh kurus bila dah bangun bagus kan?
Tekanan ok bila badan ngan pipi macam dipam-pam!!
Takut gila tengok gambar sendiri sekarang
Kayla pi upload letak kat fb
Allah.....pitam!
Gemuk sungguh T______T
Macam mana nak pakai baju baru nanti???

Ok fine!
Afini Akib,sila jangan makan tak sedar diri
Sila rajinkan diri joging
Sila buat sit up hari2
Sila tengok muka selalu kat cermin
Sila makan buah kalau lapaq tengah2 malam
Sila jangan selongkar dapur cari roti ke pasta ke malam2
Semoga saya tabah!!!!

Entry ni nak cerita apa sebenarnya?
Dari mimpi ke tazkirah pasai tidoq pastu pasai gemuk
Tiba2 masuk arahan untuk diri sendiri???
Tak pa la
Ni blog saya kan?
Muahahaha

2 comments:

LynnAiza said...

upsss..entri luahan perasaan nii..hehheheheh..
no worriesss..kita serupa..haha..adesss..jadi marilah kita sama2 bsmngat..

"Ok fine!
Afini Akib dan syazlin aiza,sila jangan makan tak sedar diri
Sila rajinkan diri joging
Sila buat sit up hari2
Sila tengok muka selalu kat cermin
Sila makan buah kalau lapaq tengah2 malam
Sila jangan selongkar dapur cari roti ke pasta ke malam2
Semoga kita tabah!!!!"

-haaa,ok tak?u r not alone la cmtu..jum2..heeee(sweet x??hahaha)-

afiniakib said...

hahaha
so sweet! jom, i dah start nih ;p