Tuesday, January 18, 2011

birthday

lembut budak ni
baik hati
sabar
cepat blushing
pandai masak
rajin
suara sedap macam Yuna [hik hik hik]
and semua sifat mahmudah la ada kat dia
untung sapa dapat!

ok fine, not me la
especially yang bab cepat blushing
yang lain, ehemmm sama kan?
ok tak. tipu.

actually ni entry sempena birthday budak paling muda dalam rumah ni
NURUL LIYANA MOHD ISA aka YANA
on 16 january 2011, dia baru 21
yang lain2, sila ke tepi
kita dah nak masuk 22, sobs..
dia ni seriously like semua sifat mahmudah kat atas tadi

so sebab dia ni like very baik to us
[tapi kami pun sangat baik kat dia jugakkk!]
so masing2 decide nak masak untuk celebrate birthday dia malam tu
ni konon2 masak habis special la
padahal tak dak la the hebat meletup bombastic pun
gelupur je lebih kat dapur ;p

eh lagi satu
dia ni suka makan tau [haaa yang ni konfemmm sama macam saya!]
i mean, dia tak cerewet la
plus dia sangat anti kalau makan tak habis
i guess her motto is "membazir amalan syaithon"
kan yana?

kalau hari biasa
yana ni suka masak
tapi sehari sebelum tu memang dia relax online kat dapur je
tengok kami yang gelupur masak betungkus-lumus ni
masak dari tengahari
tangggg, tepat pukul 12 malam baru makan
[eh bukan selalu kan kita makan tengah malam???]

dah dapat kunci kebebasan ye yana? btw, ni time kat cordova.

mari tengok food yang disantap bersama pada malam itu:

Afini Akib yang lemah lembut lagi menawan: Grilled Chicken Steak + Caramel Pudding
Nabila Yusof: Murtabak Biskut + Blueberry Cheesecake
Aadila Fatin: Yorkshire Pudding
Intan Shuhada: Bubur Jagung (sori, lupa pulak nak snap)
Atiqah Azmi: dia tak masak, sebab ada kerja. tapi dia bagi fairytale effect!!

the chicken with rich bbq gravy.
marinade ayam tu dari tengahari, pukul 11 baru grill. siap ada coleslaw tau!

walaupun pudding ni tak smooth macam selalu, tapi percayalah rasa dia tetap mencengkam sanubari!

meleleh kan tengok blueberry cheesecake ni? sedaaap!! the blueberry syrup tu pun buat sendiri!

Yorkshire pudding ni traditional English dish. kayla sorang je yang reti. ni pun sedap sampai pejam2 mata jugak!

murtabak biskut berinti ayam. hoh, yang ni complicated. suit dengan rasa yang lazat tak terkata tambah kalau makan dengan sos. yummmyyy!!

the food spread

ni la fairytale effect dari wazap / Atiqah Azmi.
sanggup dia beli sorang satu sebelum balik rumah malam tu. so masing2 feeling comel la pakai ni sambil nyanyi2 untuk yana. yes, yana terus nak "today was a fairytale"!

sebelum kami nyanyi the actual birthday song
tepat kul 12 tu
terus bukak youtube
cari part dalam cita kabhi kushi kabhi gham yang naina (rani) nyanyi "happy birthday tooo you"
sila cari sekarang
sebab sora naina tu adalah gedik2 manja gitu!
bestttttt hahahaha

yana, ang nak jadi rahul ke bapak dia? kami dah jadi naina!

tapi tak tau la yana overexcited ke
terharu ke
or nervous (?)
sebab, time nak start makan
lepas dia dah buat wish
as the birthday girl
dia la kena baca doa makan kan
so elok dah ni "allahumma bariklana..."
elok sampai "wasollallahu 'ala saidina muhammad"
terus dia sambung "kama sollaita'ala ibrahim"
pastu dia berhenti mengejut dengan mata terbeliak
kah kah kah
dia tekejut ok
sebab dia pi sambung doa makan dengan tahiyat
oh yana, sungguh comel la anda!

apapun, happy birthday yana
semoga sentiasa dirahmati dan direhai Allah
semoga sentiasa dilimpahi kegembiraan dan kejayaan
semoga kekal bersahabat lillahi ta'ala =)

6 comments:

na.ni said...

hoih..bestnya!
nk recipe? esp yokshire pudding..
om nom nom nom~

pkck akib+cik min pi sana nnti sronot la depa dpt mkn mskn anak2 dara pndai masak ni ^_^

bfday girl :) said...

hehe... part silap baca doa mkn tu tkleh blah.. hahaha..
bfday yg paling tk boleh dilupakan... paling best, paling bnyk makanan... thnks B.. :P

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Sodap tu... bday saya dah lepas
jemput ziarah
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/

afiniakib said...

Lambat nyaaa saya reply :(

Cik kak:
hoho nanti i mtk kat kayla.
btw ni yg kalut prektis masak ni,nak serve kat tetamu kan bulan 3 ni :)

x-bfday girl:
no prob b ;p

Badrul hisham abdul kahar:
Oo happy belated birthday.
Da follow :)

LynnAiza said...

1)makanan2 yang ada sgt menggoda ai ok!meleleh tgok!especially blueberry cheesecake tu..melimpag ruahhhhh syrup dia..aaaaa..tak tahan!and,puding yg sis kayla buat tu pon sgt mnyelerakan...

p/s::please2..nak try segala!masakkan utk sy bila pulang ke sini!hahahhaha...

2)part baca doa yang sgt tak boleh bla!hahahhahhahhaha.gelak golek2!adesssssssssss~hahahhahhaha`

Nako Abdullah said...

BESTNYAAAAAAAAAA!! :)

yorkshire pudding tu mmg superb gila :)