Friday, December 24, 2010

tamadun islam tersebar lagi... SEVILLE

Seville kat spain dipanggil Sevilla
capital of andalusia (bukan capital spain tau)
bandar paling besar kat andalusia
juga digelar city of maze
sebab penuh ngan jalan2 kecik
nak begerak dalam ni memang lalu ikiut lorong2
aipon por adalah super berguna time nak cari hostel

sampai kat seville dari la linea dalam pukul 7pm
dah gelap :(
orang kat spain ni bagus tau
friendly and very helpful
kalau sesat pun ok je

esok time jalan2 kat seville
dah ada tourist map
so "i'm the map" memang dalam tangan
susah baca map ni
ehemmm, i'm pretty good with this!
wakaka

Sevilla Urbany Hostel dari tingkat 3 (my bilik)

ambik 2 bilik (6+5). selesa walaupun macam dorm. tapi en-suite, so no hal :)

tidur malam tu sepuas hati
esok pagi check out, keluar jalan dan bertolak pi Cordoba.

jom jalan tengok tempat ni
banyak pengaruh islam kat sini
nampak clear
kat buildings pun banyak pengaruh senibina Islam

jalan dalam city Seville. kat sini hari isnin. Spain weekend depa ialah isnin. so banya kedai tutup.

told ya, banyak pokok limau kat spain ni. sepanjang jalan ada..

jalan kat sepanjang Canal de Alfonso XIII.

ok, sapa dia Alfonso XIII nih?
dia ni la yang rampas spain or andalusia dari kerajaan islam
kat sini sangat la mengagungkan dia
ada hotel nama dia
jalan nama dia
sungai tu pun nama dia

spain jugak femes dengan bull fighting
ala yang orang tunjuk kain merah kat lembu
pastu lembu ligan tu
kat seville ni ada sat bull ring yang popular, Plaza de Toros

Plaza de Toros bertentang dengan sungai tu

tukang bagi lembu ligan

lobby dalam tu

tak masuk tour dalam ring tu sebab guided tour take time sangat. banyak lagi benda nak pi. ambik gambar depan ni je.

sambung jalan nak pi Torre del Oro

watchtower yang dibina zaman islam kat sini. tentera islam guna untuk kawal bandar ni.

juga digelar Tower of Gold. mungkin sebab zaman tu ada hiasan emas kat menara ni. sekarang jadi museum je.

sambung jalan lagi
pi plaza de espana pulak.

panoramic view of plaza de espana (courtesy to wikipedia). ni tempat pemerintahan dulu. yang ni ada senibina Moorish, tapi bukan zaman islam punya. i think Alfonso XIII ni kot yang guna tempat ni.

menara tu Isabel catedral.

fountain depan main building

ada macam sungai keliling bangunan ni, tu yang ada bridge tu.

particularly like this part


ada lukisan2 daerah2 dalam spain kat dinding colour2 tu

suka hati je nak duduk kan? boleh kot, tak dak orang marah pun!

ok gerak pi tempat lain pulak.

la ni nak Real Alcazar ngan Catedral y Giralda.
ni memang sangat significant dalam tamadun islam kat sini

dalam perjalanan, jumpa universitas / universiti seville.

sebelah kanan ialah tembok Real Alcazar, depan ialah Catedral y Giralda

Real Alcazar ni pusat pemerintahan Islam kat seville
kesan ukiran islam penuh dalam ni
cantik..
nak masuk ni kena bayar,
tapi student free je :)

eh, tak rotate! sorii..

kalimah Allah macam ni memang banyak. sayu laa..


ruang dalam

taman kecik

taman limau

tapi sebab nak tunjuk depa dah dapat tempat ni, so depa letak jugak benda2 macam ni. dengki tau!

keluar dari situ

ni la Catedral y Giralda.

sejarah kat sini
menara yang tinggi kat belakang tu asalnya menara masjid
tempat bilal nak azan
asalnya ada 3 menara
tapi bila islam kalah
lagi 2 menara dirobohkan
dan dibina balik seperti yang asal kat morocco
demi nak jaga kesucian masjid ni
tapi lagi satu ni tak sempat
sebab Alfonso XIII tu nak benda ni dan sound
walau seketul bata pun jatuh dari menara ni, dia akan start angkat pedang
saja tau!
terus menara yang satu tinggal ni ditukar jadi church
tambah loceng church kat atas tu
tapi boleh nampak beza kan antara senibina islam ngan christian?

nampak tak perbezaaan tu?

tengok saiz bata pun boleh nampak, tengok ukiran lagi la. memang pictures cannot do justice. tengok dengan mata sendiri, sedih nih!

ok dah jalan balik nak pi bus station

hohoho selingan je. banyak kedai pengantin pulak area yang kami lalu. ni baju untuk flower girl. alia nanti pakai macam ni time achu kawen na? achu punya baju nanti kita pikiaq lain, hehehe

nanti sambung pi cordoba :)

2 comments:

afifi said...

Sedih a tgk tinggalan sejarah islam kat sana..

afiniakib said...

sedih2..