Friday, April 16, 2010

brighton~

perjalanan ketiga: Brighton, England

dari Portsmouth, kami pi Brighton pulak. sebuah bandar tepi pantai yang cantik! kat sini fini rasa banyak spend masa berjemur tepi pantai je. kali ni pantai ni memang best!! kami sampai kat sini pukul 11am, so orang tak ramai lagi. tapi time nak balik ke london pukul 6.30pm tu, orang dah macam semut!!

disebabkan Brighton ni tak popular, so fini letak la map ni.

time mula2 sampai..

tak dak orang kan? so boleh la sewenang-wenangnya kat pantai berbatu ni!

walaupun berbatu, tapi serius sangat sedap untuk berjemur! macam mana nak cerita eh? tapi memang best la.. cuba bayangkan macam ni, the whole day sunny je, tapi angin sejuk sentiasa bertiup. lepas tu bila baring atas batu2 ni, rasa macam sedang bermassage! haa best kan? bayangkan kami spend masa kat pantai ni je dekat 4 jam. jalan2 sikit, lepas tu lepak balik kat pantai.. best2!!

entrance ke Brighton Pier. kat hujung pier atau macam pengkalan ni, ada amusement park. memang la nampak best, sebab boleh naik roller coaster atas laut, dan macam2 lagi game yang agak fearless! tapi rasa macam takut pulak sebab game tu semua betul2 kat hujung pier ni, kalau apa2 jadi, memang ke laut la! tak pa la, minggu depan fini dah nak pi Alton Tower. so have fun kat sana pulak =)

atas brighton pier. bangunan2 kat belakang tu ialah Brighton Village. bukan kampung pun..

pier lagi.

kat sini pun orang main jet ski jugak!

sembahyang jamaq zohor - asar pun kat pantai. nampak awan kat atas tu macam bentuk love kan?

ni pose last sebelum meneruskan perjalanan.

Brighton Village tadi tu.

dah masuk spring, cuaca dah tak berapa sejuk so ada la geng2 konvoi motor besar.

antara tarikan utama kat brighton ni selain dari pantai yang best, ialah Royal Pavilion yang dibina pada awal kurun ke-19. kira zaman2 regency yang guna Lords and Ladies tu. disebabkan fini sangat suka baca novel The Regency Collection, maka bila sampai sini fini jadi sangat teruja! rasa macam boleh imagine macam mana orang zaman tu hidup.

senibina Royal Pavilion ni jugak mempunyai pengaruh Islam dari India yang kuat.

south entrance ke royal pavilion, pintu masuk terdekat dari pantai. jalan kaki 5 minit je..

belakang tu ialah muzium yang jugak merupakan sebahagian dari royal pavilion ni.

yang lagi best, tengah kami jalan2 tu ada la geng2 yang berpakaian macam zaman Lords and Ladies ni. ni kira depa konon2 sedang bersiar-siar dalam taman royal pavilion ni macam zaman dulu2 la. siap cakap bahasa regency lagi!! oh saya sangat suka la ^_^

bahagian belakang bangunan utama royal pavilion.

tak da la menarik sangat pun muzium ni . setakat masuk tengok2 sejarah brighton dulu2.. free je masuk ni.

entrance bahagian depan. kami masuk pintu belakang tadi, sebab mai dari pantai.

bahagian depan bangunan utama. relax je orang putih dok meniarap sambil baca buku kat taman2 dalam ni.

pekan brighton ni banyak dengan lane. so sempit la sikt nak bergerak.

saja je suka2 ambik gambar bunga ni. nampak cantik =)

tiba2 ada sesat satu kedai indon kat sini, 'Warung Tujuh'. tak masuk pun, mahal sangat! nasi goreng je dah 7 pound..

macam biasa, sebelum balik naik bus pi London, singgah minum hot chocolate dulu..

kesimpulannya, Brighton ni best untuk bersantai dan berehat! dan lagi best sebab banyak hot chaps! kacak, hot and friendly!!! hahaha tapi macam yang fini bagitau sebelum ni, brighton ni popular dengan gay. so senang2 je nak nampak couple gay kat sini, lesbo pun ada jugak la.. tapi normal couple pun ramai! dan kebanyakannya mai dengan family.. sweet la tengok maktuk dan tok wan main ngan cucu2! kat mana2 pun sama je kan? hehehehe
p/s: disebabkan lama sangat berjemur kat pantai, siap baring2 sambil baca novel lagi, akhirnya dapat la sunburn!! berbelak dah muka =( so sekarang dok je la dalam bilik..
next entry fini cerita pasai Chelsea pulak!

2 comments:

afifi said...

awak xamik gambar ngan makcik2 yg pakai bj pesyen lama tu ke.. cam best je..
pantai dia pelik la, instead of pasir tp batu.. kutip2 byk2 boleh letak dlm kolam mak tu batu tu.. hehe

afiniakib said...

mk cik2 tu busy, smbang, tak sempat nak stop ambik gmabar. depa macam berarak je.
pelik, tapi best!
nti time summer, klu i p skali lg, i bwk balik batu tu ^_^