Thursday, April 29, 2010

let me see how spring is like on jupiter and mars..

sila tengok gambar2 bunga2 kat bawah.. baru ambik siang tadi lepas kelas.

kat luar kelas.

bunga2 yang tak tau nama kecuali tulip.

bunga ni wangi tau, macam bau melur skit2.. mak mesti suka nih!


nampak bunga je kaler putih, daun dah kurang. so nice..

rumput pun jadi cantik bila kelopak bunga tu gugur..

bunga2 lagi.

ni tempat lepak budak2 uni time lunch. ada cafe dan macam2 la..yang colour hijau tu warwick art centre.

tengah berangin ni..

last sebelum bus mai.

cantik kan? suka la musim ni! semua rasa nice je.. ^_^

Wednesday, April 28, 2010

damn old man!!!!

update awal sebab geram!! entry ini adalah panjang dan tidak bergambar, harap maklum.

hari ni asalnya mood memang ok, ceria dan gembira.. habis kelas pukul 1pm, terus pi jalan2 dalam uni, ambik gambar dengan bunga2 lagi (next entry fini upload), singgah costcutter beli yogurt dan sebelum balik beli cornetto untuk makan dalam bus. fine semua tu.. then singgah city sebab nak beli barang.. dan dalam bus dari city nak balik liberty park, terjadilah satu benda yang makes me feel like vomiting!!!

ok since dalam bus orang tak berapa ramai, banyak tempat kosong dan jarak dari city ke Liberty Park naik bus tu ada la dalam 5 minit kot, so fini, intan ngan yana masing2 amik seat sorang dua. ye la sebab nak letak barang yang agak berat lagi. ok la, sebab orang pun tak berapa ada dalam bus tu. tiba2 masuk la 4 orang tua; sorang laki, 3 pompuan. dalam baya2 ujung 50-an kot..

fini dok kerusi yang agak depan, yana belakang fini dan intan selang 1 kerusi belakang yana. pastu laki tua ni tiba2 mai nak duduk sebelah, so terpaksa la angkat barang2 tu kan. ingatkan dia tak larat nak jalan pi kerusi belakang sebab dah tua kan? tapi tengok2 bini dia dok depan fini.. (i think la bini dia). ok fine lagi sebab selalunya orang2 tua kat sini nice dan sopan je. selalu senyum2 dan tegur2 kami. tapi this old man memang DAMN ok!!!!

mula2 dia mai duduk dia tanya, 'how are you, love?'. so ingatkan macam orang tua biasa yang memang ramah. (tapi memang time tu dah perasan yang bau dia agak busuk, i mean macam bau orang mabuk. macam mana nak describe eh? pelik la bau tu.. tapi baju, rambut macam kemas je, tak serabut macam orang mabuk.) pastu bini dia yang kat depan fini ni kalih belakang dan kata kat laki tua tu yang maksud lebih kurang macam ni,

'oo kamu dah tak mau duduk sebelah saya sebab ada perempuan muda? nak duduk sebelah dia la ni?' lebih kurang macam ni la mak cik tu kata. lepas tu laki tu bagi tau apa ntah kat dia, fini buat bodoh je la tengok tingkap. tiba2 dia pusing kat fini dan cakap,

'you're so lovely, love.' mula2 macam ok sebab kat sini kan memang suka cakap2 macam ni. fini senyum bodoh2 dan say thanks, normal la kan? lepas tu tengok balik tingkap. then dia mula melalut. this is the damn shit part!!! tanya rumah kat mana la, bagi tau rumah dia dekat2 situ la dan sangat2 jijik bila dia mula himpit kat fini!!!

hey old man!!! what the hell?????? nak himpit?? yucks ok! at that time, seriously memang blur dan takut! dia besar jugak, standard orang putih la.. bini dia dah pusing depan, of course tak tau apa2 dan this crazy old man ni pulak cakap nak dekat2 dan buat suara slow2! i was like, Ya Allah awat la bus ni macam lama sangat ni? dalam dia dok rapat tu dia boleh tanya 'are you married?' !!!!

dan secara automatic nya fini jawab, yes, i'm married sambil tunjuk cincin ayah bagi yang fini pakai ni. nasib baik la pakai cincin ni.. tak habis lagi ni, dan pulak tanya 'how's your man?'!! time ni dah memang sure2 dah dia mabuk. lepas tu dok ulang 'you're very lovely. very lovely, dear' dan macam2 la dia dok cakap. macam apa ntah! tapi memang tak guna la orang macam ni. time tu baru pukul 2.30pm ok! apa kes mabuk awal2?? kalau nak mabuk pun, jangan kacau orang boleh??

alhamdulillah, bus dah nak sampai. bus baru kat traffic light, fini dah siap tekan loceng, berdiri semua! nasib baik dia nak bangun. time nak turun tu, dia siap cakap, 'see you, love. cheers!'
hoh??? see you dia kata??? pegi mampus la syaithonnn!!!!

ya Allah, semoga lepas ni tak jumpa la jenis2 orang macam ni.. takut ok! intan ngan yana pun tekejut tak tau nak buat apa.. huhuhu

p/s: mintak maaf la, entri ni kasar. tapi ni sebab sangat marah dan geli! sampai bilik tadi, tak sempat bukak socks pun, terus tepon mak, ngadu2 semua.. uwaaa, saya sangat tak suka la benda macam ni. sampai sekarang still rasa macam bau busuk dan geli kat tangan tu.. baju yang fini pakai tadi terus asingkan dan basuh terus. kasi sental biar suci semula..



Monday, April 26, 2010

gadis dan bunga~

waah tajuk dah macam lagu dulu2 ni, by rahimah rahim kot! (yang muka macam mak ngah jun tu..) i bet mak tau lagu ni. lagu yang 'matanya lirik2 selalu, mukanya manis2 ayu..' keh keh keh, sedap tau lagu ni, pernah nyanyi dengan mak time cuti dulu. mak ingat dak?? oh tiba2 feeling macam gadis ayu bermain bersama bunga2, nice... ^_^

ok la hari ni first day pi kelas kan. tak da apa yang berubah kecuali bunga2 dah bertukar ganti dan keadaan jadi semakin cantik. so sila lihat gambar2 seorang gadis yang berpipi tembam tak mau kurus walaupun malam2 dah makan green apple je, bersama bunga2 yang cantik di bawah! lalala~


turun dari kelas, terus belari ambik gambar dengan bunga! perak gila.. haish...

bunga2 ni memang wangi la, sedap je bau. tapi tak sure bunga mana. rasanya yang colour light yellow tu kot..

yes, gadis itu bersama bunga!

bunga bersama gadis itu.

oh time ni dah nampak bus mai, tak sempat dah nak posing2 tepi tu. terus lari pi bus stop.

yang ni gambar minggu lepas, after lunch kat MYO.. baru tempek kat sini sebab baru ambik dari mek. time ni my camera habis bateri, so pinjam henfon mek.

entry ni macam perasan tau, sebab dok guna 'gadis' segala.. hahaha berangan la kot2 dapat seri bunga2 tu!

Sunday, April 25, 2010

jom rajinkan diri ke kelas! ^_^


last night, semalaman tak boleh tidur! sebab pi minum white coffee time dinner tu. fine la..tapi sangat sedap, boleh feeling2 white coffee kopitiam ok! tapi hambekk!! sampai pukul 4 pagi mata dok cerah elok je. so subuh pukul 4 dah masuk, after solat dan bajet nak try tidoq la dalam pukul 6 tu.. sekali 'keroncong' jiran baekkk je! serius kuat ok.. dah sunyi2 pagi, memang dengar tu je. sangat terganggu dan feel bad. T__T

alhamdulillah, dalam pukul 10.22am keroncong tu berhenti, dan sepantas kilat fini terus berlari ke katil! (macam bilik besar gedabak nak buat eksyen lari2 pulak ;p) dalam hati dah doa, ya Allah bagi la keroncong tu tak bersambung. syukur2, lena ku diulit kedamaian yang ku cari.. (macam lirik lagu apa eh??) time ni muka dah equal to panda ok!!

yes, this the coffee!

see? made in malaysia siap ada cop halal jakim. tu yang try beli.. memang sedap, i like~

bangun tidur, 4.30pm, mandi dan sembahyang. asar lewat, so sempat la zohor. then lapaq pulak.. berusaha nak cari makanan dan pi grill fish fingers. makan tu dip dengan salad cream n tomato ketchup sambil baca Chapter 2: Gas Diffusion in Practice, so nice... =)

so, selepas memalaskan diri selama 5 minggu, akhirnya esok start kelas macam biasa. hope boleh study dengan lebih rajin dan boleh baca lagi banyak notes and books, amiiinn..

motif tetiba letak pepsi?? sebab rasa macam lain tin dia dari msia. ke memang sekarang kat msia pun dah macam ni?

keadaan mula berubah..

oh tajuk macam sedih kan? tak la, cuma nak bagi tau hidup kat sini dah mula berubah sejak akhir2 ni.. sebab sekarang suhu dah mula panas. tadi time jalan balik dari city, suhu dah cecah 19'c ok!! setakat ni fini rasa yang paling panas kot! dah lama tak rasa belengas2 ni, ni dah mula rasa balik.. panas dah tau! kalau dulu keluar pakai baju at least 2 lapis kan? sekarang pakai tshirt bodoh2 pun dah ok. orang putih dah mula seksi bagai! sila ke city especially time weekend macam ni, haa! semua yang 'panas' je.. lagi satu, dah tak payah pakai sneakers pun, pakai flip flop or sandal je.. dah macam kat malaysia kan??

malam2 pulak kalau tak on heater pun tak pa.. dan boleh pakai sleeveless je dalam bilik, oh yeahh!!! back to normal =)

petang tadi jugak, ada geng2 pakistan or india kot, dah mula beriadah dengan bermain kriket kat tempat letak kereta belakang bilik. gila semangat ah!! bagus2.. feeling2 hrithik roshan dalam kabhi kushi kabhi gham la tu!! hahahaha

snap dari dapur time masak. nampak dak dia tu semangat nak pukul bola??

yes! hari ni kami ramai2 tolong mek masak nasik ayam yang super sedap! fini tolong mesin cabai je.. kenyang sampai sekarang ok!! alhamdulillah.. ^_^




Friday, April 23, 2010

terasa agak jeles..

hari ni update blog awal sikit! i bet, incik afifi must be sangat teruja dan happy sebab muka dia masuk paper berita harian. dah tu gambar sebelah Tun Dr Mahathir Mohamad pulak, the one that he adores so much!

Tun mai UTP semalam for beyond vision 2020 speech, dan incik afifi dapat jumpa Tun personally untuk sign kat buku Malay Dilemma yang dia dah ada sejak bertahun dulu (since u belajar kat AIMST kan?). lucky him, muka boleh masuk paper pulak. nasib baik he looks well sebelah Tun yang memang kacak walaupun dah 84! 84 ok!! alhamdulillah, memang anugerah Allah untuk Tun for his wisdom and ability yang mampu buatkan orang kagum..

paper cutting, Berita Harian, jumaat 23 april 2010.


nah, fini up lagi! bagi clear sikit!! siap ada captions tuu.. hahaha

buku yang ditandatangani oleh Tun. (efisyen kan i ni??)

p/s: fini pernah jumpa dan salam dengan Tun (PM at that time) waktu dia mai rasmi sekolah darulaman dulu. time tu fini darjah 5, tahun 2000 dan kena serve Dato' Najib (Menteri Pendidikan time tu) waktu tour dalam self access learning centre, time tu pun i dah speaking woo!! sila rujuk gambar dalam my album kat rumah. by the way, malam tu muka masuk buletin utama tau, walaupun sat, tapi bangga jugak la!! hahaha nak jugak menyibuk cerita diri sendiri kan!

Thursday, April 22, 2010

Alton Towers!!! Part 2

okie, sambung bahagian kedua pasai keseronokan di Alton Towers!

kan dah hilang pening sebab bercanda di Cloud Cuckoo Land, so destinasi seterusnya ialah nak pi thrill rides yang lain. disebabkan tempat ni besar, berbukit, hutan dan tasik segala, so ada la cable car atau kat sini namanya Sky Ride untuk nak gerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

so ni station sky ride yang kami naik mula2.. ada la dalam 3 kali kot dok naik Sky Ride dalam dok pusing2 kat AT..

time mula2 cable car ni nak bergerak. harus ambik gambar dulu..

pemandangan The Gardens. tak sempat nak jalan2 dalam The Gardens ni, sempat tengok dari atas je.

yes, posing lagi! wazap dah tak tengk camera dah sebab ghalit dok tengok alam semulajadi kat bawah.

dah sampai kat station. dari sini jalan la..

bagi fini, antara banyak2 rides yang ada kat sini, AIR ni paling cool!! memang super duper cool la.. beratur of course panjang, tapi seriously worth sangat2!! AIR ni bukan macam roller coster biasa tau, kita tak duduk, tapi lebih kurang berdiri, or sometimes baring dan meniarap..time beratur memang kecut perut jugak, sebab dok tengok litar dan roller coaster yang laju bergerak atas kepala. tapi once dah duduk atas seat, dah pakai safety belt and tempat duduk tu diterbalikkan supaya kedudukan kita macam nak terbang (meniarap, kepala ke bawah), dalam hati dah kata, 'menangis kalau faizal tahir tengok, ni dah macam superman!!' hahaha
kat belakang tu boleh nampak dak roller coaster yang dok bergerak tu? ada satu part bila seat tu dipusingkan dan badan kita terlentang mengadap langit, time tu memang pikiaq, 'oo, macam ni rupanya kalau boleh terbang dan jadi burung..' subhanallah, nampak awan, matahari dengan cara terbang! boleh bayang dak macam mana? selalunya, kalau jerit naik roller coaster sebab takut kan, kali ni jerit sebab happy! nak gelak pun ada, sebab sangat excited!! serious, memang AIR ni cool ok!
orait, yang ni pulak fini rasa paling scary, NEMESIS (nama pun dah gerun kan?). litar tu memang dibuat bagi nampak macam karat2, siap ada sungai yang macam darah kat bawah. kali ni, roller coaster tu berpusing dengan sangat rendah, seolah-olah kepala kita nak sampai ke tanah or sungai darah tu. dan time naik benda ni jugak fini try besungguh tak mau tutup mata. memang thrill ok!!

kat board tu tulis, NEMESIS ni ialah 'The World Most Intense Ride Experience'. tiba2 lepas naik benda ni, fini pikiaq, 'oh, aku ni berani rupanya!' hehehe

ni antara litar NEMESIS.

sungai darah yang menaglir bawah litar NEMESIS. panjang jugak sungai ni.

lepas tu, pi masuk rumah hantu atau yang diberi nama DUEL ni pulak. yang ni tak takut pun.. ye la dah habis dah takut sebab naik benda2 sebelum ni. dalam ni, ada kena tembak2 hantu. sapa2 yang suka main game tembak2 hantu macam Aiman Afiq mungkin akan suka dan boleh membunuh banyak hantu! tapi memang betul la ada blaster or pistol untuk tembak. sakit tangan pulak sebab dok tekan blaster tu..

next ke bahagian basah2, Congo River Rapids. yang ni bukan thrill rides, tapi laughs & frights. walaupun tak thrill sangat, tapi tetap mencabar dan best!! yang ni of course la banyak gelak =)

ni la bot yang kami naik. laju jugak, pusing2 dalam sungai tu. memang basah ok!! tapi tak pa,hari tu memang sunny and windy, so sat je baju ngan seluar dah kering lepas turun dari bot tu. gambar ni kami beli kat situ..

so nak cepatkan proses pengeringan baju, seluar dan tudung yang basah kat Congo River Rapids, kami naik pulak roller coaster yang kononnya standard budak2, iaitu Runaway Mine Train..
yang ni best sebab kita ingat benda ni macam bodoh2 je, tapi perghh laju jugak wei!! siap ada masuk dalam tunnel, corner baring2 pulak.. hahaha lagi best sebab pekerja dia sangat baik dan comel (atau agak kacak ye!). normal ride ialah 2 pusingan tau, tapi part kami, dia bagi tiga kali!! mula2 ingatkan dah habis bila dah cukup 2, tapi dengan baik hatinya dia bagi kami lagi satu pusingan! cool la.. boleh vote untuk the best employee ni!! ('chu chu', ni trademark dia)

see? nampak macam tak takut kan? macam train biasa je..

penerokaan seterusnya di Katanga Canyon.

this is The Flume. yang ni memang extremely basah ye.. tudung memang terkelepet! tapi yang ni lagi best dari Congo River Rapids. satu bot boleh naik 2 orang. best tau! siap ada turun gelonsor yang agak curam yang memang laju gila, pusing2 kat tepi hutan, masuk dalam tunnel yang gelap gelita! hahaha best2..

see?? konfemmm basah!

so keringkan diri anda dengan berjalan-jalan pula. ni kat Battle Galleons. boleh naik kapal lanun kat belakang tu dan main perang2 tembak guna pistol dan meriam air. nak lagi basah, sila main..

masuk pulak kat Mutiny Bay. ceyy, ni pun kira untuk kanak2 la.. tapi yang besar2 pun harus join. naik Marauder's Mayhem ni sampai pening2 sebab syok dok pusing2 cawan ni!

Mutiny Bay jugak. ada gaya2 incik Michael Scofield? yang ni versi sara tancredi yang digayakan dengan cara sedikit gediks! ;p

perjalanan meredah padang untuk ke Sonic Spinball. yes, duduk dulu ambik gambar.. penat belakang cerita!

ye, gambar lagi. time ni ada mak cik orang putih tu tolong ambik kan. see? mak cik ok! diulang, mak cik.. gagah kan? fini rasa dia dalam around 50-an kot. boleh lagi mai besuka ria kat AT. pak cik-pak cik pun ada jugak!

Sonic Spinball. benda baru jugak kat sini. yang ni pun nampak macam untuk budak2, ye la nama pun Sonic kan? macam biasa, tetap menggerunkan bila dah naik..

peluk incik Sonic dulu apa2 hal..

haa nampak tak fini yang tudung putih tu? time ni pun mek tak naik jugak, dia dah start penat dan pening sebab dah petang ni.. best tau yang ni! berpusing2 dalam kelajuan yang menggegarkan!

kalau ikut my own rating, AIR is the coolest, NEMESIS the scariest, dan RIPSAW ni pulak the most awesome! boleh cam fini yang tudung putih, line kedua tu? honestly, mula2 fini tak mau naik yang ni sebab benda ni pusing2 sangat dan ada satu part tu dia betul2 pacakkan kepala ke bawah dan berhenti! i bet, mesti takut gila ni. tapi macam teringat pulak bfifi pesan, 'u kena naik semua tau! jangan takut, you are not going to die' hahaha so dengan sisa2 keberanian gagah pi beratur jugak la. sekali lagi mek tak naik, so dia tolong ambik gambar.

lihatlah wajah fini yang penuh cuak itu! budak sebelah fini tu, time naik benda ni sikit pun tak jerit.fini memang jerit tak ingat dunia dah.. tapi cuba tengok dia dalam gambar ni, pejam mata!! cehh, apa barang! hehehe bunyi macam eksen kan? tapi serius fini tak pejam mata, takut pun gagah jegil jugak.. lagi satu, laki yang line first pakai baju kaler hitam tu, dia tak boleh naik. pekerja tu mintak dia turun sebab badan dia kan macam besar sikit, so safety belt tu tak betul2 kemas kat badan dia. bahaya la kan? kesian dia kena turun..

video
video time naik ripsaw. cool kan?? tetonggeng ,tebalik, tepusing!!!

bahagian last sebelum berangkat pulang ke coventry, Storybook Land. yes, yang ni memang sangat tepat dan bersesuaian untuk cayang2 ku, aiman dan alia.

boleh naik tupai ni, Squirrel Nutty Ride. pusing slow2 atas pokok, boleh nampak pemandangan AT yang cantik..

ada family yang bawak budak2 kecik dok naik tractor dalam kawasan Old MacDonald's Tractor Ride. sambil tu jom nyanyi sama2, 'old macdonald had a farm e-i-e-i-o..' (ambik gambar dari dalam tupai tu je..)

gambar dari dalam tupai bergerak tu jugak. yang ni ada bot boleh naik kat Riverbank Eye Spy, sambil tengok biri2 (patung je tu).. simply for family with kids. time kat sini, dah pukul 5 lebih dah, AT ni sepatutnya tutup pukul 5pm, tapi mungkin pekerja tu kesian kot tengok kami, dia bagi je la naik tupai tu..

ok pose last sebelum balik.. kat buku tu ada satu button tau. bila kita tekan, patung yang kat belakang tu pun akan mula bercerita, 'once upon a time, bla bla bla..'

tepat 5.30pm, kami pun keluar la dari AT yang gempak dan best ni. nasib baik bus tak gerak lagi. elok kami naik je, terus gerak ke train station! syukur2..

apapun, pengalaman ni sangat best! kesimpulan sehari kat AT, fini boleh cakap yang it was truly FUN FEARLESS FABULOUS!!!