Wednesday, March 31, 2010

oxford part 2 =)

kali ni banyak gambar non-living things pulak.. tapi gambar fini akan terselit sebagai penyeri entri ok! ^_^

pintu masuk Christ Church College. dibina pada tahun 1546 (lama dah kan?), college ni jadi grand sebab 13 orang PM Britain dulu pun belajar kat sini, dan jugak orang2 yang terkenal macam philospher John Locke, pengasas Methodism, John Wesley dan macam2 lagi. ceritaAlice in Wonderland yang sangat popular di seluruh dunia pun berasal dari college ni la. penciptanya ialah Charles Dodgson, tapi dia menulis guna nama Lewis Carroll. sebelum jadi pensyarah kat college ni, dia belajar kat sini jugak..

College ni memainkan peranan yang sangat besar dalam penciptaan adventures si Alice ni. time tu, Lewis kawan baik dengan dekan college ni iaitu Henry Liddell. so anak2 Henry ni pun baik la dengan Lewis. anak keempat Henry ni nama Alice, selalu mai kat bilik Lewis dan Lewis akan bercerita dengan dia. dalam cerita2 tu, dia akan imaginekan dengan keadaan2 dalam college ni supaya budak ni rasa real. dikatakan jugak, watak white rabbit dalam Alice in Wonderland ni digambarkan sebagai Henry Liddell..

pintu masuk ke taman dalam college ni..

menara kat belakang tu ialah St Hilda's College, yang Sufiah Yusuf pernah belajar tu..

Oxford River. time ni dah start hujan renyai2, tu yang tak sempat nak naik sampan2 ni semua.. =(

pintu masuk shopping mall.. ada butik2 macam biasa la, FCUK, ZARA, GAP etc..

tengah pusing2 dalam GAP, tiba2 nampak orang pakai tudung. time tu fini dah nak keluar dah, so nampak depa ni dari jauh, sempat senyum je. tapi semua depa pakat mai kat kami. so fini pun tegur dan bersalam.. syok sungguh depa jumpa orang Malaysia! hehehe siap tak dan2 nak ambik gambar nih! (adakah sebab kami nampak cantik??? hahahaa) apapun, kami oun mesti la seronok jugak! depa ni mai bercuti 2 minggu kat sini. mak cik yang tepi sekali bawak beg silang tu orang Kedah, dok Guar..

cantik kan? memang still jaga bangunan2 lama macam ni..

Lincoln College..

saja suka2 ambik gambar hot chocolate yang cantik! =)

ni postcard untuk my cayang2 kat rumah.. sambil minum, sambil tulis postcard.

antara bangunan2 lama yang dijadikan hostel pelajar. time ni dah mendung, petang dah.. kami pun dah nak balik.

War Memorial Park, sebelah tu kubur.. ni antara gambar last sebelum balik.

so ini je lah untuk trip ke Oxford! ^_^

No comments: