Wednesday, March 31, 2010

oxford part 2 =)

kali ni banyak gambar non-living things pulak.. tapi gambar fini akan terselit sebagai penyeri entri ok! ^_^

pintu masuk Christ Church College. dibina pada tahun 1546 (lama dah kan?), college ni jadi grand sebab 13 orang PM Britain dulu pun belajar kat sini, dan jugak orang2 yang terkenal macam philospher John Locke, pengasas Methodism, John Wesley dan macam2 lagi. ceritaAlice in Wonderland yang sangat popular di seluruh dunia pun berasal dari college ni la. penciptanya ialah Charles Dodgson, tapi dia menulis guna nama Lewis Carroll. sebelum jadi pensyarah kat college ni, dia belajar kat sini jugak..

College ni memainkan peranan yang sangat besar dalam penciptaan adventures si Alice ni. time tu, Lewis kawan baik dengan dekan college ni iaitu Henry Liddell. so anak2 Henry ni pun baik la dengan Lewis. anak keempat Henry ni nama Alice, selalu mai kat bilik Lewis dan Lewis akan bercerita dengan dia. dalam cerita2 tu, dia akan imaginekan dengan keadaan2 dalam college ni supaya budak ni rasa real. dikatakan jugak, watak white rabbit dalam Alice in Wonderland ni digambarkan sebagai Henry Liddell..

pintu masuk ke taman dalam college ni..

menara kat belakang tu ialah St Hilda's College, yang Sufiah Yusuf pernah belajar tu..

Oxford River. time ni dah start hujan renyai2, tu yang tak sempat nak naik sampan2 ni semua.. =(

pintu masuk shopping mall.. ada butik2 macam biasa la, FCUK, ZARA, GAP etc..

tengah pusing2 dalam GAP, tiba2 nampak orang pakai tudung. time tu fini dah nak keluar dah, so nampak depa ni dari jauh, sempat senyum je. tapi semua depa pakat mai kat kami. so fini pun tegur dan bersalam.. syok sungguh depa jumpa orang Malaysia! hehehe siap tak dan2 nak ambik gambar nih! (adakah sebab kami nampak cantik??? hahahaa) apapun, kami oun mesti la seronok jugak! depa ni mai bercuti 2 minggu kat sini. mak cik yang tepi sekali bawak beg silang tu orang Kedah, dok Guar..

cantik kan? memang still jaga bangunan2 lama macam ni..

Lincoln College..

saja suka2 ambik gambar hot chocolate yang cantik! =)

ni postcard untuk my cayang2 kat rumah.. sambil minum, sambil tulis postcard.

antara bangunan2 lama yang dijadikan hostel pelajar. time ni dah mendung, petang dah.. kami pun dah nak balik.

War Memorial Park, sebelah tu kubur.. ni antara gambar last sebelum balik.

so ini je lah untuk trip ke Oxford! ^_^

oxford part 1 =)

fini pi oxford dengan geng selalu dan kami have fun macam biasa.. tapi disebabkan hujan dan agak mendung tadi, so beberapa aktiviti tak dapat dibuat, contoh macam punting (macam kat cambridge), rowing boat dan naik pedalos. hujan macam bahaya sikit la.. so kami pusing2 ambik gambar je la..

keseluruhannya, oxford ialah satu bandar yang agak besar! tak habis dalam satu hari pusing, so kami bertumpu di Oxford City Centre.. macam Cambridge jugak, Oxford University pun terdiri daripada colleges yang terbaik dalam bidang masing2. ada 38 colleges semua, antaranya Christ Church (paling hebat nih!), Corpus Christi, The University Church of St Mary The Virgin, Magdalen, The Queen's, Trinity, St Hilda, Green Templeton, All Souls dan macam2 lagi. kalau perasan, kat Cambridge pun ada beberapa colleges ni..

nama pun Oxford, mestilah banyak budak2 nerd yang study kat sini.. memang serius nampak nerd weih!! hehehe tapi tak pa, nerd pun pandai kan! yang tak nerd pun ada, tapi still gempak gak boleh study kat sini.. ingat tak Sufiah Yusof? dia pun dulu study mathematics start umur 13 kat St Hilda's College kat Oxford ni.. tapi kat sini peraturan ketat lagi kalau banding dengan Cambridge. kat Cambridge, banyak colleges yang visitors boleh masuk sesuka hati kan? kat sini malangnya tak boleh.. huhuhu ada beberapa je.. takut kami kacau depa belajaq kot!!

ni pandangan keseluruhan Oxford. tapi yang ni fini google je.. yang kubah tu ialah The Radcliffe Camera, mercu tanda Oxford.

ni dalam halaman college yang paling grand kat Oxford iaitu Christ Church College. sekarang tengah popular cerita Alice in Wonderland kan? haa, origin dari sini laa.. next entry fini cerita ok!

ni pun dalam halaman Christ Church College. tengah hujan ni.. sejuk dan gigil!

Magdalen College..

on the way ke Oxford River.

depan Merton College.

yang kubah hijau kecik kat belakang tulah The Queen's College. tapi ni fini kat depan Science Museum. tu patung kepala orang tu, ada kat atas setiap tiang pagar, setiap satu diukir dengan muka yang berbeza, melambangkan aristocrat atau cedekiawan dulu2 la..

depan pintu masuk The University Church Of St Mary The Virgin. tudung tak cantik sebab angin kuat!

salah satu pintu kat tembok pagar All Souls College.

sebelum balik, macam biasa, minum dulu segelas hot chocolate!! ^_^ (beg primark di sebelah bukanlah kepunyaan saya..)

saja posing dalam City Centre bus sebelum pi bus station nak balik Coventry.

next entry fini letak gambar bangunan2 pulak.. untuk entri ni, tengok la muka fini dulu.
lupa nak bagitau, fini tak shopping apa2 pun. tak dak yang menarik sangat.. biasa2 je! nanti kita shopping kat london ok!! =)
p/s: sorry incik afifi T_T

Tuesday, March 30, 2010

going to oxford!

hari tu fini dah pi cambridge kan? so insyaAllah, esok fini p Oxford pulak. bus pukul 10.15am, dalam 2 jam sampai Oxford. selain gah dengan Oxford University (macam Cambridge jugak), Oxford ni kononnya terkenal dengan shopping jugak!
so tengok la esok macam mana.. nanti fini update gambar2 kat Oxford. doakan semuanya selamat, insyaAllah!

lagi satu yang best, insyaAllah pukul 9pm malaysia esok makayah sampai.. tak sabar nak skype macam selalu!!! ^_^

Sunday, March 28, 2010

waktu berubah lagi!

waktu berubah lagi.. tambah sejam. ni namanya the start of 'British Summertime'. so beza waktu antara Malaysia ngan UK jadi macam mula2 fini sampai dulu, 7 jam. pagi tadi bangun tidur, kalau tengok jam pukul 7, bermaksud sebenarnya dah pukul 8. macam biasa kalau nak semayang, kena tengok waktu betul2 la sebab dah awal sejam!

pening kan? sat2 nak undur sejam, ni nak tambah sejam balik.. so beza fini ngan makayah 2 jam la instead of 3 jam! sekarang fini pukul 8pm, makayah dah pukul 10pm.. so time to call =)

Saturday, March 27, 2010

sea-life, theatre, jalan2 @ birm~

lepas ambik darah, dalam lepas zohor kemarin, fini ngan kawan2 keluar jalan2 kat birm.. ye la cuti dah start seminggu tapi kami tak pi jalan lagi. semua sebab kena hantar assignment hari khamis lepas, tu yang postpone nak pi jalan2 tu. so kemarin la baru start..
kali ni pi birm bukan sebab nak pi shopping atau makan2 macam selalu, kali ni sebab nak pi tengok National Sea-Life dan menonton theatre..

macam biasa, ni gang yang pi ngan fini. wazap, mek, yana ngan intan. ada lagi 2 budak laki yang join, kamal ngan chip..

ni la bangunan National Sea-Life. best jugak, kira macam underwater world langkawi laa.. tapi nak masuk mahal jugak la, 8 pound sorang..
banyak gambar2 ikan, starfish, jellyfish dan macam2 lagi fini ambik. tapi tak semua la fini letak kat sni. contoh macam ikan kat atas ni, ada rupa ikan semilang kan??

tiba2 ada pokok nyoq dalam ni..

adik nemo!

mr crab!!

saja posing2 tepi kolam. kebanyakan kolam open macam ni. nasib la, kalau ikan tu main lompat2, kena la percik air..

ni mangrove swamp. ada la binatang2 yang hidup dalam tu.. tapi serius geli ok! macam biasa, fini setakat tengok dari jauh je. nak pegang, mintak maap..

ni sebelum masuk Sensorama 4-D cinema dalam ni! serius memang real la cinema ni! kalau kat Langkawi ngan Singapore Science Centre, 3-D, yang ni 4-D, memang lagi best! macam mana nak cerita eh? memang best! kalau part ada electric eel tu, memang kita rasa electric shock. kalau part ikan paus melompat, memang serius air akan percik kena kita. paling tak tahan bila part ular air, tiab2 je rasa macam ada orang tumbuk kat belakang! serius terkejut la dok dalam cinema tu! fini memamg dok jerit tak henti2, tekejut woo!!

ni dalam shark lagoon..

ni kat turtle sanctuary.. cuba baca? menarik kan? suhu menentukan jantina..

dalam ocean tunnel.

banyak2 tempat dalam sea-life centre ni, fini paling suka yang ni, Atlantis Mirror Gaze! kiri kanan, depan belakang cermin dan kita kena cari jalan keluar sendiri! nampak tak belakang fini kat cermin lain? confusing and fun! serius best.. hahaha

yang ni dah nak keluar dah, soft play area.. peluk je lebih bear tu, tapi tak beli pun! susah nak bawak balik..

sementara nak tuggu theatre start pukul 7.30pm, sempat la jalan2 dulu..

posing lagi!

posing lagi dan lagi..

saja nak posing lagi!

ok la, ni la The REP, Birmingham Repertory Theatre. orang kata, sapa mai UK kena tengok thatre, sebab theatre kat sini berkualiti plus murah. walaupun fini sangat tak berminat dengan theatre, tapi sebab ni tiket fini free, so tengok je la.. at least ada jugak experience kan?

ni tiket fini. nampak nama fini kat bawah tu? tajuk theatre ni Arthur & George..

ni poster cita tu. props memang hebat, serius real! tapi alahai, ngantuk beb... dah la pelakon tak hensem! dan semua yang mai tengok tu 80% adalah orang tua2, yang muda2 macam kami ni sikit je.. auditorium memang gempak, orang memang ramai.. tak paham la apa yang depa syok sangat.. rasanya yang mai tengok tu orang2 seni kot! lama plak tu, 2 jam!bosan2..

dalam The REP tu la.. ni muka ceria sebelum masuk dalam hall, elok keluar je, rasa macam nak cari bantai!!

kemarin, the whole day, sikit pun tak sakit kepala! see?? ubat sakit kepala ialah berjalan-jalan =)

Friday, March 26, 2010

darah.. =(

ni baru lepas balik dari NHS.. tangan still sengal lagi la.. ingat kan sikit je depa nak ambik! 3 botol woo!! walaupun botol tu kecik2, tapi lama jugak la baru habis. sakit la! i hate betul cucuk2 ni..

next tuesday baru result keluar..

tangan yang sengal dan bertampal.. =(

sebijik macam ni!! cuma kat my bottles tu ada label my name la..

tapi sengal pun tak pa la.. sebab satgi nak jalan2 kat birm!! hehehe sebut bab jalan, sakit pun boleh baik!
p/s : jom p bali ^_^

Tuesday, March 23, 2010

jumpa doctor..

i went to see the doctor at NHS today, not just once, but twice.. so tired...
first appointment, smua ok. bp da kembali ke paras normal, tapi doctor ni tak puas hati pa ntah, dia suruh mai sekali lagi petang ni untuk further treatment dengan GP. doctor ni practical je, so dia cakap kena jumpa GP. so buat pulak appointment kedua petang tadi pukul 4.15pm.. penat kan??

so mai yang petang tadi jumpa la si doctor kedua.. buat headache test semua dan dia cakap better buat blood test. so sekali lai kena pi pagi jumaat ni untuk blood test.. maksudnya, akan dicucuk untuk diambil darah! oh i really hate it.. =(

doctor2 ni semua bagus2, macam kat malaysia jugak. ramah-tamah dan nice la.. cuma procedure ni je yang melecehkan. lepas satu, satu lagi appointment.. bosan2.. tapi tak boleh nak cakap lebih2 la, nama pun free kan.. hehehe

ni form untuk blood test jumaat ni. nampak tak test2 yang ditanda? ada 5 jenis semua.. cerewet jugak depa ni. padahal sakit kepala ja.. tapi ok la, boleh buat full medical check-up! =)