Sunday, January 31, 2010

kenapa kamu berbunyik??


pernah terfikir tak kenapa perut berbunyi??
fini baru terfikir pasal ni bila perut fini berbunyi dengan berterusan semalam.. bunyi yang fini pun nak tergelak bila dengar! nasib baik dok bilik sorang, kalau tak mau semua orang boleh dengar..

nak kata lapar, tak pun.. perut kosong pun tak.. over kenyang pun tak.. habis tu kenapa eh?? tertanya2 je!

ni fini tengah buat assignment lepas habis skype dengan mak. baru je lepas makan cereal, tu pun nak bunyi lagi! tu yang terus mai singgah tulis kat sini, kot2 bunyi ni hilang.. malu kot kalau dalam hall sunyi2 tiba2 dengar muzik tanpa lagu ni!

hai la perut, kenapakah kamu berbunyik???

Thursday, January 28, 2010

desserts~

hari ni fini dengan kawan2 puasa.. lepas tu masing2 teringin pulak nak makan dessert macam kat rumah (mungkin sebab hari ni tak dak kelas, so rasa macam free).. selalu kalau puasa kat sini, tak teringat pulak, hari ni je tiba2 masing2 teringat.. intan teringin bubur jagung, liyana teringin bengkang roti dan fini pulak teringin puding caramel! nabila, adila dengan tiqah tumpang tepi2 je hehehe..

so dengan penuh semangat masing2 pun berusaha mencapai impian masing2!

yang ni intan dalam proses memasak bubur jagung. malas nak keluar cari santan, dia ganti dengan whole milk, kalau guna semi-skim atau skim milk, takut tak lemak pulak..

hasilnya!! sedap jugak tau.. lemak berkrim! finally intan boleh jugak buat sesuatu dengan hasil uasaha sendiri 100 %!!! suka betul dia bila kami semua cakap sedap.. ^_^

ni liyana dengan bengkang rotinya!! yang ni memang jadi, rasa macam kat rumah.. cuma yang mak buat lagi sedap la sebab mak selalu tabur kismis kat atas tu, jadi lagi sedap! liyana ni memang pandai masak..best!!!

hahahaha.. my caramel pudding!! tak payah susah nak buat.. tengok2 time pi Iceland ada creme caramel ni! cayalah, macam tahu2 je fini teringin! ada 6 cups, harga 1 pound, lebih kurang RM6..
jeng jeng!!! sedap je.. tak payah nak susah2 takut rasa hanyir telur.. memang tak rasa hanyir, dan tak over manis macam puding caramel kat cafe.. sedap je!!

p/s: this background music is one of the songs which aiman and me like the most! we always dance referring to this song's video; final fantasy!!

Tuesday, January 26, 2010

keluang man!!

ingat lagi tak kartun kat TV2 dulu2? zaman fini sekolah rendah dulu la, Keluang Man! best kan cerita tu, lawak.. kira ok untuk kartun Melayu zaman tu.. time tu tak dak lagi upin ipin. entah macam mana time dalam kelas hari ini, tiba2 fini teringat lagu cerita tu! out of blue je.. hahaha

time tu tutorial Oracy petang, pukul 2. kira lepas lunch laa.. bosan macam mana entah, rasa macam mengantuk je! adeiii T___T tapi lega sebab, lepas setengah jam, Mr Peter bagi take 5! so suka hati la masing2 ada yang sembang2, keluar pi toilet, makan dan macam2. kira bising la kelas time tu. fini yang nak hilangkan ngantuk ni tiba2 teringat lagu Keluang Man tu! dan seperti biasa, hobi yang suka menyanyi, tanpa ditahan-tahan terus la menyanyi macam biasa;

dia
bagai seorang pahlawan
menjadi pembela
pada yg tiada upaya
dengan ketangkasan
langkah pergerakannya
menewaskan musuh
yang membuat angkara
dialah satria
biar pun dimana jua
dia datang dikala malam tiba
melakukan tugas mulia
didesa juga dikota
dia akan memberikan bantunya
demi hidup aman sejahtera
keluang man, keluang man, keluang man...

tengah2 syok menyanyi, dalam kelas yang fini rasa macam bising lagi, tiba2 Peter cakap,
"I think I heard some music. Is someone here singing?"
OMG la kan!!! tengah dok syok melayan lagu sambil goyang2 kepala tiba Peter cakap macam tu! satu kelas tengok!!! Peter pun terus la berdiri straight je depan fini. so dengan muka konon2 nak cover,
Fini: Nothing Peter, its just my favourite song. I think its lovely! (tiba2 ja cakap macam tu!lovely ke lagu Keluang Man??)
Peter: Oh its ok then.. I think its quite good! (biasa la, orang putih memang suka jaga hati. semua benda depa kata good)

geng2 fini yang duduk kat sebelah ngan barisan depan, memang gelak kaw2 punya! lagu Keluang Man pulak yang fini nyanyi.. tapi apa pun best pa lagu tu!! ^_^
ni tengah tunggu kat koridor kelas sebelum kelas mula.. sempat lagi la layan The Regency. tiba2 Nabila snap gambar ni, konon contoh rajin membaca!! hehehe.. so fini pun bluetooth dari dia dan upload kat sini.. [pelajar contoh yang rajin membaca =)]

Saturday, January 23, 2010

jom layan video ni!

kat sini bukan setakat poupular dengan lady gaga, BEP, LP etc, tapi lagu nasyid pun boleh tahan popular jugak! setakat ni yang fini rasa best ialah Maher Zain.. lagu dia soft je kalau dengar. so tu yang fini letak kat sini.. boleh layan sama2, lirik pun best!

selamat mendengar!
video

Friday, January 22, 2010

rindu tiba2..

malam ni, tak buat apa sangat.. ye la esok weekend, relax je la nak bangun pukul berapa..hehehe (tapi kalau kat rumah, weekend pun paling lewat pukul 8.30 tau! makayah tak suka kalau kami, especially fini la bangun lewat. mak sambil gerak akan cakap camni, "lemas la dok tengok hampa ni bangun lewat") mak, kat sini pun adik tak bangun lewat sangat tau.. baik kan adik?? hahahaha

tak dak apa yang pelik hari ni, cuma malam ni tiba2 rindu la kat my cayang 2 orang tu! dah berapa hari tak video call dengan depa.. huhuhu so fini letak la gambar2 depa! time cuti hari tu, fini selalu spend masa ngan depa! kami pi tesco, yawata tak payah cakap la kan.. lepas tu pi main kat taman sambil suap nasi, pi zoo, mandi sungai, nyanyi sambil menari, main game kat computer, macam2 la..best, time tu depa kata "sayang achu!!"

ni kat tesco mergong. walaupun penat jaga depa dua ni, tapi sangat seronok!
alia pun beraninaik benda nih! best je dia..
ni pun kat tesco jugak.. time nak pi sini la, tiba2 ada salesman jual buku kanak2 tu mai tegur, "ni anak2 puan ke?" erkkkk!! hahahaha sama eh muka fini ngan depa?? oh lovely!!
ni dalam machine 'Cinderella carriage'.. aiman sayang alia, alia sayang aiman!
ni kat zoo.. walaupun fini ngan aiman ni takut ngan binatang2 tu, tapi kami still enjoy! alia memang sangat berani ok!!dia relax je nak pi dekat2 dengan binatang2 tu.. adeeiii T_T

ok, dah kurang sikit rindu bila boleh cherish memory ni! =)


Thursday, January 21, 2010

sambal belacan made in Jitra!!!



hari ni usrah macam term lepas jugak. tapi yang jadi lagi best sebab, naqibah@ketua usrah, iaitu Kak Yana bagi kami sambal belacan sorang satu!! best nya.. macam ni, time winter holiday hari tu, makayah Kak Yana tu ada datang sini mai melawat dia. so depa bawak banyak sambal belacan tu, mungkin sebab depa tau kami suka kot!! hahaha happy je!!

tapi yang lagi best, sambal tu made in Jitra, Kedah tau!! padahal Kak Yana ni orang Negeri Sembilan! sedap jugak sambal ni, pedas dan rasa belacan!! tekstur pun kasar2 macam tumbuk guna lesung atau kalau fini, blend guna blender kecik kat rumah..
nampak tak tulisan jenama sambal ni? "g.tra" bangga2...
antara ahli2 usrah yang tekun dengar tazkirah.. Kak Yana ni yang pakai baju dan tudung hitam.
ni dia!! model sambal belacan g.tra, pure dari Jitra!!! hahahaha kat belakang tu Liyana, budak Kulim, dia pun nak join jugak jadi model =)

p/s: terpaksa mengaku yang sememangnya fini sangat tembam!!! T____T


Monday, January 18, 2010

cause he's leaving on a jet plane~

~Bali~

hahaha entry khas untuk incik afifi! sebab hari rabu ni dia nak pi bercuti ke indonesia, spesifiknya bali!! bestnya... fini tumpang excited je la! tak sabar nak tunggu gambar2 dan cerita. eh bfifi, i nak sepit rambut yang ada macam bunga hidup tu tau! sangat famous kan kat bali benda tu?? cantik la, lagipun rambut i dah panjang sekarang =) pilih yang paling cantik dan mahal ye! thank you..

bali terkenal dengan water surfing jugak kan? so kena try, dan ambil gamabr tau! baru orang percaya nanti ^_^
massage!! benda paling best kat indon dengan siam, murah dan sangat sedap! teringat dulu time cuti sebelum fly ni, tiap2 malam urut tapak kaki mak dengan body butter, wangi dan lembut je..mak suka betol!!! tapi bfifi geli pulak tapak kaki ni, siap terkerut-kerut kening!! hahaha tapi nanti u kena try jugak tau!

ok la, ni sebenarnya tengah buat assignment. tapi dah penat dan bosan, lepak update blog dulu! ops bfifi, sorry, i cant find Leaving on a Jet Plane url to use it in my blog.. huhuhu

home made kek pisang!

cerita pasai makanan lagi..
hari ni fini dok kat flat bawah sebab ada group discussion dengan kawan2. sebenarnya dalam geng2 fini kat sini, fini je yang dapat flat kat atas. yang lain semua dapt flat bawah..
so tengah dok sibuk2 discuss tu, ada la pulak yang teringin nak makan kek pisang! dan yang membuatkan benda ni jadi best, jiran flat, iaitu Charlene dan Shoba tau buat! so apa lagi kan!!! terima kasih dau keladi la.. sedap!!
proses membuat kek pisang! tekun je charlene ngan shoba..

hasil yang sedap dan memuaskan!!! hahaha sukanya... teringat pulak puding caramel kak shila =)

Sunday, January 17, 2010

masak paprik!

tengah hari tadi skype dengan mak,ayah,aiman dengan alia! sangat seronok, ye la dah lama tak sembang dengan my cayang-cayang tu!! aiman kata dia rindu achu satu juta!!! alia pulak bila nak letak call dia cakap sayang achu banyak2!! so mestilah achu ni saaangat gembira!!

time sembang dengan mak tu, fini bagitau kat sini dah boring nak masak apa.. dah tak tau nak makan apa, asyik masak benda yang sama je; ayam kicap, sambal tumis, telur, pasta, nasi goreng.. haishhh bosan2.. lepas tu mak cakap, buat la paprik, mak siap bagi resepi, baikkk punya! jeng jeng jeng, lepas letak call je terus keluar p market. cari bahan2 dan hasilnya yummy!!!! pedas dan lazat! siap makan dengan salad dan buat sambal kicap.. terima kasih mak!!!

hari ni jugak birthday kawan baik fini, Liyana. tahun ni dia baru 20 tahun. dia budak lompat PTS dulu.. so kami pun beli la kek nak celebrate. tapi kan, kat sini kek sangat murah dan sedap! macam cheese cake dan gateau yang sangat menarik dan sdap, jual dalam kotak dan suitable for vegetarian, paling mahal pun 3 pound je! lebih kurang RM 18. kalau kat malaysia kek secret recipe, sepotong dah RM 7! memang sangat sedap, rasanya sedap lagi dari kek kat secret recipe. bfifi mesti suka kalau kat sini, sebab dia kan suka makan kek!!

Wednesday, January 13, 2010

salji oh salji


cerita pasai salji lagi.. dan seperti yang digembar-gemburkan dalam berita2, salji tahun ni kat Britain sangat teruk! dan disebabkan itu jugaklah, hari ni kelas batal!! (oh yessss!!)

kelas Sociolinguistics yang sepatutnya pukul 11-1 kena cancel.. tapi yang jadi tak bestnya, sebab fini tau benda ni pukul 10.45 dan fini dah sampai kat uni pun time tu! adeeii... penat ja!

ni dalam kawasan uni time bersalji tu.. dulu tak sabar nak tunggu salji turun, sekarang bila salji turun dah mula rasa susah hati =( bila dah sejuk sangat, terus jadi sakit badan, rasa letih je.. dan yang paling tak tahan jari2 fini (jari kaki dan tangan) jadi macam bengkak! sekali tengok macam sosej pun ada!!! hehehe

Tuesday, January 12, 2010

novel...

hari ni rasa macam nak cerita pasai my new interest kat sini; baca novel! sebenarnya dari kecik lagi fini dah start baca. kalau pi jalan kecik2 dulu, makayah mesti beli buku dan sebelum tidur mesti baca satu buku sambil mak teman kat sebelah.. bestnya... sekarang baca buku sorang2 je atas katil =(

minat baca novel ni start time sekolah rendah, tapi dulu semua novel melayu je. kalau english pun yang Enid Blyton. so time sekolah rendah buku2 enid blyton ni la yang jadi idaman kalbu!
lepas tu bila naik sekolah menengah, dah besar sikit mula la nak baca pasai cinta2 nih! hahaha time tu yang jadi novel2 top list macam tulisan norhayati berahim, aisya sofea, anis ayuni ngan damya hanna. minat sangat baca novel, tak tidur malam pun tak pa! ye la kat maktab mahmud dulu tak boleh bawak novel2 cinta ni, so kira seludup la! baca tengah2 malam time orang lain tidoq! hahaha teruk nya..
tapi kat sini, mana nak cari novel melayu kan? so terpaksa la beralih ke novel2 english pulak.. setakat ni yang fini dah baca, not bad!!
ni novel english first yang fini beli time belajar kat ipoh. novel cecelia ahern ni, ok je tapi macam boring sikit.. sebulan jugak baru habis! lepas tu fini dah tak baca novel english sampai la bila dah ada kat sini...
ni la first novel english yang buat fini rasa macam sangat best! novel ni fini baca kat scotland, Kak Nurul punya. sangat best, dalam 3 hari je fini dah habiskan! memang menarik!!

ni pun sangat best!! classic dan charming!!! yang ni fini baca time pi london, time dalam bus dan sebelum tidur..
ini pun lawak, sweet dan romantic jugak!
yang ni, so-so je.. ada la part lawak dan sweet, tapi tak la best sangat kalau nak dibandingkan dengan When We Meet Again dan Slightly Married. tapi yang buat fini suka novel ni, sebab watak utama pernah ke KL! rasa macam bangga pulak bila Kuala Lumpur ada disebut dalam ni.. =)
ok sekarang fini tengah baca yang ni. nampak macam best, dan setakat ni ok la! menarik untuk diteruskan..

oh ya, kelas dah start macam biasa. kembali sibuk dengan jadual macam term 1 dulu, tapi kali ni best sikit sebab hari khamis tak da kuliah! so free la.. hehehe

Monday, January 11, 2010

ayuh kembali ke sekolah!!


lamanya tak update blog.. mintak maaf, sebab dua tiga hari ni tak pi mana, dok dalam bilik je siapkan assignment.. so tak dak cerita la!
dan selepas sebulan bercuti, esok insyaAllah akan kembali ke kelas seperti biasa! doakan semua berjalan lancar dan gembira, amiin..

hmm selit cerita AJL boleh gak kot?? walaupun jauh kat sini, still fini tengok AJL ke 24 tanpa sebarang masalah! lancar dan sempurna.. juara lagu ni macam aktiviti wajib tiap2 tahun. dari kecik sampai sekarang. time kecik2 dulu, tengok ramai2 depan TV, ada bang caq, baen, bfifi ngan baan (makayah pun kadang2 join!!) kira ingat lagi la zaman dulu2, bang caq minat gila kat siti, syok gila tengok siti menang lagu jerat percintaan! hehehehe eh tapi fini pun menang jugak menyanyi lagu tu time bintang kecil dulu!! hahahaha sejarah betul! tapi rasa macam AJL dulu best lagi la.. ntah..

tapi apapun still happy tengok AJL ni, walaupun faizal tahir dapat no 3 je, ok la tu, dia kan sakit! n best la tengok aizat nyanyi! tapi tak boleh tahan tengok tomok, ntah apa2 je siap letak video poyo.. adeeiii T__T!


Wednesday, January 6, 2010

hmmm...

selepas seharian dan semalaman bersalji, ni la hasilnya pada pagi tadi. .
gambar ni fini ambil dari tingkap bilik je..
ni kereta yang di parking di bawah bilik fini ni..

bila tengah hari sikit, fini keluar pekan nak beli barang. tengok2 ada sebuah asian shop baru bukak, nama kedai tu China Shop! tapi memang best la! banyak barang yang menyejukkan mata memandang ada dalam kedai tu.. memang senyum je! ni baru pi usha2 la..

finally, rebung di coventry!!!!
durian!!! musim durian ke sekarang?? siap letak warning 'Please Don't Touch'!
ni santan, banyak pilihan tau.. kira nak buat masak lemak rebung dah boleh la.. cuma kalau ada serai lagi best la!
yang ni pun best jugak, siap ada cop halal JAKIM tau! macam kat Malaysia ni!!

salji~


dah habis cerita pasai jalan, so kena update pasai daily life macam biasa la..
hari ni dari pagi sampai skrg, tengah2 malam 12.14am salji turun tanpa henti! sejuk sangat2... tebal jugak kat luar tu! sebelum ni jarang lebat macam ni, hari baru teruk sikit. kalau kat bahagian utara UK, banyak sekolah dah kena tutup, office kena tutup awal, airport pun kena tutup dan train jadi delay sebab salji yang tebal. Coventry ni kat bahagian tengah UK, so sekarang salji tu tengah turun ke bawah la.. dari utara ke selatan. memang kawasan utara selalu lebih sejuk dan salji akan mula turun dulu. tu yang Scotland lebih sejuk dari sini, dan sini lebih sejuk dari London..

dan hari ni jugak fini dapat batuk dan selsema.. macam tak da suara ja.. mungkin sebab sejuk sangat kot.
sekarang jugak dah kena sibuk dengan assignment2... ni baru balik dari group discussion dengan kawan2. masing2 dah balik dari bercuti dan mula kembali memegang buku ^_^

Saturday, January 2, 2010

scotland lagi-lagi..

entri kali ni fini cerita pasai tempat tinggal, makanan dan minuman sepanjang fini kat scotland.. memang diakui selama 4 hari tu fini banyak makan! tu yang balik je dari sana terus macam dipam-pam tu.. adeeeiii T_T
ni la double premium chocolate kat chocolate soup! penuh lemak berkrim, manis merdu dan sangat menyegarkan!!!
ni air tradisional Scotland, nama Irn Bru.. sedap! rasa macam oren sikit2.. tapi jangan bimbang halal ni, tak dak alkohol.. kalau mai Scotland, air ni memang wajib minum la!
ni dinner time kat restoran Marmaris.. restoran turki. ni bukan makan sorang tau! sedap.. dalam ada daging kambing, ayam dan lembu yang ada special sos! makan dengan salad, mayonis dan garlic sauce! adussss...
ni cappuccino kat ocean terminal tu..
yang ni time lunch kat Kitchen Mosque. kedai arab.. makan garlic nan dengan kebab.. kenyang sungguh!!
oops yang ni bukan pinggan fini ok! fini hanya tumpang ambil gambar pinggan Kak Alia.. masih kat Kitchen Mosque, so makanan arab yang biasa la.. kambing, ayam bla bla bla..
ok yang ni time kat rumah Kak Nurul.. dia masak salmon bakar (yang kaler putih kat aluminium foil tu) cicah sambal, mushroom goreng lada dan dalca ayam! sedap2... sebenarnya makan apa pun sedap bila sejuk2 ni! fini ni, kalau panas pun sedap.. hahahaha
ni ruang tamu rumah first yang fini tidur, rumah K.iffah dan K.fatiah.. ni kira flat, kecik je.. tapi selesa dan lengkap!
ok ni pintu masuk rumah K.nurul pulak.. masuk je, terus nampak bendera Malaysia! kagum2!
ni ruang makan rumah dia.. cantik tau rumah dia, apartment sederhana luas tapi sangat kemas dan cantik! lengkap semua ada..
tempat study.. siap ada peta dunia, inspiration untuk pi jalan2! ^_^
haa ni tandas yang semuanya bercarpet! belakang pintu tu ialah bathtub.. so mandi kena cermat2, tak boleh basahkan carpet la nanti mesti bau hapak kan?
ok la, kesian kat cik kak yang macam minat je dengan Mary King's Close ni.. ni la dalam Mary King's Close. kiri kanan adalah rumah yang dibina seolah bilik2 kecil. gambar ni fini Google. depa boleh publish gambar ni pun sebab officer kat mary king's close ni bagi izin ambil gambar.. so fini ni macam 'plagiarise' la.. =(
ni gambar dalam Mary King's Close tu yang kononya ada 'sesuatu'... harap cik kak suka ya!!

ok la, habis dah cerita pasai pi jalan! lepas ni update blog pasai benda2 kat sini je la kot..