Thursday, December 31, 2009

scotland

walaupun dah lama balik dari scotland, tapi ni la baru sempat nak update gambar dan cerita secar detail.. mintak maaf semua! so jemput la melihat sedikit sebanyak ya!!ni time mula2 sampai kat edinburgh (cara sebut ialah 'edinbere').. sampai je kat sana, pi letak beg kat rumah terus keluar jalan2 kat town! time tu pulak ada christmas and new year festival! tu yang ada segala macam funfair tu! cantik dan best..
lepas penat jalan, sebelum balik rumah dalam pukul 11pm, singgah minum kat Chocolate Soup.. memang sedap dapat minum Hot Double Premium Chocolate time letih dan sejuk macam tu.. nanti fini letak gambar air tu.. kat sebelah fini tu, Kak Iffa Rashidah, study pasai visual kat edin ni.. kami tumpang rumah dia la..
on the way balik rumah.. atas bukit kat belakang tu ialah Edinburgh Castle. memang besar dan cantik!! kedudukan yang strategik untuk pemerintah zaman dulu.. bahagian hadapan ialah laut, dan belakang ialah gaung! untuk pengetahuan, Edinburgh ni ialah sebeuah bandar dekat dengan laut.. sebelah kiri tu Kak Alia, dia yang bawak kami mai Scotland ni!
esoknya, berjalan keliling bandar yang bersejarah ni dengan sorang tour guide. kami menumpang je sebenarnya.. hehehe dia ada bawak group pelancong yang lain! sebelah kanan tu Kak Fateah, study pasai audio kat edin, dok satu rumah dengan Kak Iffah..
ni kat depan hall University of Edinburgh (tempat Amalina belajar la ni).. hall ni digunakan time graduation day.. universiti ni scatter, tak berpusat macam kebanyakan universiti lain..
depan Queens Gallery. belakang gallery ni ialah Palace of Hollyroodhouse, istana yang digunakan oleh Queen Elizabeth kalau dia mai Scotland ni..
depan Parliament House..
depan Palace of Hollyroodhouse..
pintu pagar Palace of Hollyroodhouse.
time nak mulakan pendakian di Hollyrood Park nak ke Crag's Cliff.. tinggi jugak Arthur's Seat ni! kalau kat Malaysia mau berpeluh jugak! tapi kat sini memang sejuk yang amat, so tak berpeluh langsung..
separuh perjalanan ke Crag's Cliff.. cantik tasik kat bawah ni..
ni kat puncak dah, cantik dan sejuk sangat!!!! tiba2 rasa macam dalam cerita Hindustan pulak ambik2 gambar kat puncak2 bukit.. hehehe gayat jugak sebenarnya.. ^_^
kat sebuah chapel yang pembinaannya terpaksa dihentikan zaman dulu.. ni pun kat puncak bukit jugak la! rasa macam romantik pun ada jugak! =)
ok yang ni kat Ocean Terminal.. ada Royal Yacht Brittania dan shopping mall dalam ni.
ni dalam Ocean Terminal.
berlatarkan laut kat Ocean Terminal.. sebelah kanan fini ialah Munirah (study medic kat edin) dan Kak Nurul (study biologi kat edin).
lepak minum coffee kat coffee house Ocean Terminal..
halaman belakang masjid, singgah nak sembahyang. ni first time salji mula turun untuk tahun ni kat edin.. nampak tak bijik2 putih tu??
pintu masuk ke Mary King's Close, sebuah penempatan bawah tanah untuk rakyat zaman dulu.memang ada rumah2 macam biasa, tapi gelap dan lembap la.. zaman dulu, orang2 miskin tak dibenarkan tinggal kat bandar edin ni, depa kena dok bawah tanah je, ni la tempat depa, Mary King's Close..sekarang tempat ni jadi tarikan pelancong je..
ni baru turun dari bas nak balik ke rumah Kak Nurul (malam ke 2 dan ke 3 tidur rumah Kak Nurul pulak).. salji dah penuh atas jalan!

okey nanti sambung lagi cerita pasai Scotland ni!

7 comments:

afifi said...

i nr satu.. yeay.. haha..
(mcm komen kat blog chedet la pulak.. hehe)

best2..
kami suma enjoy baca blog kamu..
teruskan usaha..

saya doakan supaya awak dpt pergi menjelajah satu europe nanti.. amin..

take care..

ps: bila bukak sekolah nanti, mengaji elok2.. cuti g jln to the max, bukak sekolah, baca buku to the max gak ye..

S said...

salam,

tengok gambaq2 tu rasa cam gostan balik dunia ni.

England such an old town. tu yg syoknya.
hystorical town,where the hystory begin.

cikgu, betoi ka bahasa omputih cik S ni.
ngeh ngeh ngeh.... i'm sori bebanyak laaa

na.ni said...

mary king's close : oh..menarik fakta tu.. tinggal bawah tanah je eh..cm best..
blh masuk a kt dlm tu? pls say u can..
dlm tu ada pa? perabot dapur semua depa preserve lagi dak?
xde amik pic dlm tu?
eh.eh.eh byk tnya plak akma . ya ampun~

afiniakib said...

bfifi: happy to know that =)
amiiin.. insyaAllah! thanks a lot!! okeh, baca buku + jalan2!!

cik siah: betui la tu cik siah! (by the way its okay to make mistake ^_^) Edinburgh ngan England mmg bndar lama yg byk sejarah!

cik kak:boleh masuk, tapi xleh amik gambar.. huhuhu
luas gak la.. dalam tu ada bilik2 @ rumah2. lembap dan gelap, guna lilin je.. ada la sikit2 lagi kabinet dapur, meja makan n patung2 lilin orang zaman dulu. ada la tour guide yg bawak kat dalam tu, jalan pun tak rata, tanah n batu je..

nama.aku.lynn said...

SISSS...
besss tgk ur pic kt scot..
hmm..btw..xde ke tsrmpak ngan amlina??
hheheh..

afiniakib said...

scotland mmg best!!
amalina? dia kat milan time tu.. becuti kat umah family angkat dia..

nama.aku.lynn said...

maakk aihh..ad fmly agkat smpi milaaannnn tuuuu..dsyt toll die nihh..aishh..sis..cri sorg fmly nk wat agkat2 gak nihh..haha